AO PAINTBALL PARK TANJONG MALIM. OFFERING A REAL JUNGLE SCENARIO

AO Paintball Park in Tanjong Malim Perak offers more than just a paintball game excitement... Nothing is more fun than the rush of adrenalin and the excitement being in the real jungle environment which requires your creative skills and tactical moves...When we say real jungle, its 'real jungle'.. This 3 acres Earth's Lungs offers fun filled and excitement from the beginner to advanced section, providing different scenarios according to your skill levels and preferences... For intermediate and advanced team, you can experience a great adventure as you can explore the crystal clear and cooling river. For those who craves finger-licking-good 'kampung' dishes, we can provide you lunch buffet prepared by our F&B team. We also provide a campsite located on the banks of the delightful crystal clear river for those who wish to stay around to enjoy the mystical morning mist.If you wish to stay around, but do not enjoy sleeping outdoors in a tent, we invite you to stay in a resort with a concept 'back to nature'. You can choose to either stay in a riverview chalet or a riverview dorm, both will give you the view of the beautiful river and a memorable site of natural wonders.

Tuesday, July 13, 2010

Apa Dah Jadi ?

Salam semua paintballers dan rakan niaga !

Artikel ini dipetik dari Akhbar Utusan Online..
Apa yg tak diingini telah berlaku dan kenyataan ini amat menyedihkan...
Harapan dipanjatkan semoga kita semua tidak terlibat dalam jenayah seperti ini...

Sindiket jual senjata api tanpa lesen tumpas

MELAKA 12 Julai - Kegiatan satu sindiket menjual senjata api tanpa lesen yang berselindung di sebalik sebuah premis menjual alatan sukan di Taman Melaka Baru, Batu Berendam di sini, berjaya ditumpaskan dengan penahanan lima ahlinya dalam operasi bermula 25 Jun hingga 8 Julai lalu.

Selain menjadikan premis tersebut sebagai pusat operasi, kesemua suspek berusia antara 31 hingga 40 tahun itu turut bergerak aktif mencari pelanggan di sekitar Selangor dan Perak.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, kelima-lima suspek itu diberkas dalam beberapa siri operasi di Melaka dan dua negeri terbabit.

Katanya, turut dirampas 500 butir peluru hidup pelbagai jenis, sebatang cota, tiga laras senapang angin, sepucuk pistol dan tiga pucuk pistol tiruan.

Turut dirampas satu busar serta 13 anak panah, 22 helai baju dan 23 helai seluar celoreng tentera.

"Mereka ditahan secara berasingan di rumah dan sebuah kedai menjual alat sukan paint ball di Batu Berendam di sini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Tambah Mohd. Rodwan, siasatan mendapati semua suspek terbabit tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

"Polis masih menyiasat pembekal atau dari mana kumpulan itu memperoleh semua barang yang dirampas," ujar beliau.

Katanya, suspek-suspek disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) kerana memiliki senjata api dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki pistol tiruan.

Mohd. Rodwan pada masa sama mengingatkan orang ramai agar tidak membeli senjata api tiruan meskipun bagi tujuan koleksi peribadi kerana ia menyalahi undang-undang.

0 KomEnMu:

Post a Comment